Hati
ALLAHU AKBAR. ANAK ANAKKU. SAHABAT SAHABATKU.
Hati kita ini boleh jadi bertaqwa boleh jadi fujjaar. Hati kita ini boleh jadi keras boleh jadi lemah lembut. Hati kita ni boleh jadi mengasihi dan menyayangi boleh jadi membenci. Hati kita ini boleh jadi bersih boleh jadi kotor dan mengotorkan. Tadbirlah hati kita ini dengan jalan Allah. bersihkanlah hati kita ni dengan taubah dan mujahadah. Putihkanlah hati kita ni dengan membuang segala najis najis qalbiyah hati. Lembutkanlah hati kita ni dengan menerima pakai nasihat nasihat dari tuhan kita dan rasul kita. Jika kita tidak selamatkan hati kita, dia akan derita tak sudah diakhirat nanti. Kita kena tahu dengan ilmu dan yakin hati kita ni baik dan solehah atau buruk dan hitam menghitamkan. Hati ni tempat pandangan Allah dan agama. Semua manusia mahukan kepada hati yang mulia walaupun sibuta hati.
Ibrahim Mat Isa.
Solat.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
*بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
┏🌹🌹🌹━━━━━━━━━━━━┓
ﺍﻟﻠّٰﻪﷻ T A Z K I R A H H A T I مُحَمَّدٍﷺ
┗━━━━━━━━━━━━🌺🌺🌺┛
❝ S ❍ L Λ T I T U B Σ R Λ T ❞
🔲 SOLAT lima waktu adalah kewajipan setiap umat islam yang tidak boleh ditinggalkan kecuali uzur. Allah SWT memerintahkan kita melakukan solat agar kita terhindar daripada perbuatan dosa yang dapat menjerumuskan diri ke dalam Neraka.
🔲 Meskipun sudah jelas bahawa solat adalah kunci utama untuk mendapatkan redha Allah, tapi kena melaksanakan solat 5 waktu terasa sangat berat bebannya untuk dilakukan. Padahal melakukan solat itu tidak lama, mungkin dalam masa 5 hingga 10 minit sahaja. Solat itu memang benar-benar berat.
💖 Allah SWT berfirman: “Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.”
( QS. Al-Baqarah : 45-46 )
🔲 Dari ayat di atas dapat dijelaskan bahawa melaksanakan solat memang berat. Kecuali bagi mereka yang benar-benar khusyuk. Apakah yang dimaksudkan dengan khusyuk? Khusyuk dalam solat bermaksud bahawa kita harus fokus kepada satu hal sahaja iaitu dengan mengingati Allah ketika mendirikan solat tanpa mengingati hal-hal lain, terutamanya urusan dunia.
💖 Firman Allah SWT: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati akan menjadi tenteram.”
( QS. Ar-Ra’d : 28 )
🔲 Jadi apa yang membuatkan kita sukar sekali untuk khusyuk ketika menunaikan solat? Bererti kita ketika menunaikan solat masih banyak mengingati hal-hal lain selain mengingati Allah, seperti memikirkan susah dan senang dalam urusan dunia. Dan waktu sebelum solat, kita banyak melakukan perbuatan dosa dan lupa mengingati Allah. Maka tidak hairanlah jika solat terasa berat jika seharian kita selalu melupakan Allah SWT dan lebih senang memikirkan urusan dunia yang sementara ini.
🔲 BERATNYA bagi seseorang itu untuk melakukan dan mengerjakan ibadah solat itu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu :-
⚓ BERAT PERINGKAT PERTAMA ⚓
👉 ”Sebelum Mengerjakan Solat“ 👈
🔹1. Apabila Tuhan tidak dijiwai atau rasa berTuhan sudah lemah, waktu bekerja sudah tentu sayang hendak meninggalkan kerja. Tertinggallah solat atau qadha’ saja. Ketika mengerjakan solat terseksa rasanya.
🔹2. Apabila sedang bersuka ria dengan anak isteri dan mereka itulah yang dijiwai, maka berat pula hendak mengerjakan solat. Tertinggallah solat atau melewatkannya. Kalau buat pun bukannya dari hati.
🔹3. Apabila sedang bermesyuarat dan kita jiwai dan kita anggap besar maka solat dianggap kecil, tertinggal solat atau qadha’ saja. Dan sudah tentu tidak khusyuk kerana hati bukan pada solat.
🔹4. Apabila sedang berkelah dan berseronok dengan kawan, dan pemandangan kita jiwai . Sudah tentulah solat tidak diambil kira, tinggal terus atau qadha’ saja.
🔹5. Apabila sibuk dengan kenduri kendara kita jiwai kenduri itu, solat dilupakan terus atau qadha’ saja. Itu pun terasa terpaksa.
🔹6. Waktu musafir lagi-lagilah badan letih, pemandangan apa saja yang dililhat dan dirasa mempesona. Hendak mengerjakan solat tentulah berat. Tinggallah saja atau qadha’. Waktu membayarnya tidak dari hati. Hendak cepat saja.
🔹7. Apabila jiwa berTuhan lemah atau tidak ada, kalaupun boleh bermujahadah, dapat juga mengerjakan solat tapi terasa sangat terlalu berat, sembahyang tidak dapat dijiwai dan terasa berat. Solat pun hendak cepat saja. Lebih-lebih lagilah terasa berat hendak melaksanakan ikrar dan tuntutan solat itu di luar solat sudah tentu tidak boleh menunaikannya kerana Tuhan dan syariat Tuhan itu belum dijiwai lagi. kalau begitu, tidak hairan orang yang mengerjakan solat masih terlibat dengan maksiat, kemungkaran, tipu, rasuah, zina, curi, merompak, pergaulan bebas, menzalimi, judi dedah aurat dan juga tidak hairan orang yang solat masih rosak seperti memfitnah, mengumpat , menghina, berdusta, mengadu domba, bercakap kotor dan lucah, bakhil, tamak, pemarah, sombong, riak, suka nama, glamour.
🔹8. Walaupun mereka solat, hakikatnya mereka tidak solat. jadi jelaslah bagi orang yang tidak khusyuk iaitu yang tidak berjiwa tauhid, hanya setakat berfikir tauhid sahaja, sudah tentulah amat berat dengan solat kecuali orang yang khusyuk.
⚓ BERAT PERINGKAT KEDUA ⚓
👉 “Semasa Dalam Solat“ 👈
🔹Katalah seseorang itu boleh juga mengerjakan solat sama ada pada awal waktu atau di akhir waktu atau qadha’ saja sama ada solat berseorangan atau berjemaah. Apabila jiwa tauhid lemah atau rasa berTuhan sudah tidak ada ertinya rasa khusyu’ dengan Tuhan sudah tidak ada maka mengerjakan solat itu rasa terpaksa, berat, jemu, solat hendak cepat sahaja, gopoh-gapah sahaja, tidak sabar/berlambat dan bertenang, lebih lagi tidak sabar hendak memahami dan menghayati setiap perkataan dan lafaz yang dibaca, akhirnya membaca tanpa jiwa dan roh.
🔹Tarikan dunia lebih mempengaruhi jiwa dan fikiran, maka pada waktu itu yang sudah datang itu ialah kerja duia kita, urusan dunia kita, mengingat nasib apakah yang akan berlaku di dunia ini. Maka melayanglah fikiran kita, kosonglah jiwa kita daripada mengingati Allah di waktu solat itu.
🔹Oleh kerana itulah mengerjakan solat terasa penat,berat, menjemukan kecuali orang yang khusyuk.Kalaulah tidak dipupuk lagi jiwa tauhid, lama kelamaan boleh berhenti sembahyang. Lebih lagi setelah bertabah sibuk dengan kerja dan urusan dunia atau melayan orang ramai kerana urusan dunia yang sementara itu.
⚓ BERAT PERINGKAT KETIGA ⚓
👉 “Menunaikan Ikrar & Tuntutan Solat“ 👈
🔹Peringkat ketiga ini adalah menunaikan ikrar dan tuntutan di dalam sembahyang. Ini lebih lagi amat berat melaksanakannya. Sebagaimana yang kita maklum bahawa waktu kita mengerjakan sembahyang itu berbagai janji dan ikrar telah kita buat di hadapan Tuhan.
🔹Di antara ikrar dan janji kita itu adalah kita berikrar menyembah dan meminta pertolongan denganNya, membesarkannya, meminta kepadaNya ditunjukkan kepada jalan yang lurus iaitu jalan para rasul, bukan jalan orang-orang yang sesat. Berjanji ingin hidup mengikut syariat Tuhan di dalam segala hal dan perilaku. Di dalam seluruh sistem kehidupan bermasyarakat, berekonomi, berhubung, berpolitik, bernegara, mentadbir dan lain-lain lagi.
🔹Di dalam sehari semalam 5 kali kita berikrar dan janji kepada Tuhan. Setiap kali kita berikrar dan berjanji lagi. Ikrar dan janji yang sama. Begitulah diulang-ulang kita berjanji kepada Tuhan. Bagi orang yang khusyuk kepada Tuhan iaitu yang berjiwa tauhid amat takut dan bimbang sungguh. Justeru itulah mereka selepas solat bersungguh-sungguh mengendalikan kehidupan di dalam semua aspek mengikut Al Quran dan sunnah Rasul ﷺ.
🔹Di dalam menunaikan janji itu mereka tetap takut. Di dalam bersungguh-sungguh melaksanakan janji di dalam seluruh kerja dan usaha mereka namun mereka senantiasa bimbang kalau janji tidak dapat ditunaikan.
Begitulah sikap orang yang khusyuk. Berlainan sekali bagi orang yang tidak khusyuk atau yang tidak berjiwa tauhid. Janji hanya tinggal janji. Di dalam sembahyang berdusta selalu dengan janji. Setiap kali berjanji di dalam solat, kemudian berbohonglah di luarnya. Solat orang yang tidak khusyuk, selalu sahaja mengkhianati janji dengan Tuhan.
🔹Sudahlah begitu, banyak janji kepada Tuhan tidak ditunaikan. Namun tidak pernah merasa takut, bimbang/ kesal. Bahkan melupakan begitu sahaja perbuatan tidak menunaikan janji itu. Tidak seperti orang yang khusyuk bahawa sudah sungguh-sungguh pun menunaikan janji kepada Tuhan namun hatinya senantiasa takut kepada Tuhan. Seolah merasa belum menunaikan janji. Mereka yang tidak khusyuk terasa berat hendak tunaikan janji kepada Tuhan, kerana pautan dengan Tuhan sudah tidak ada atau sudah tpis. Tarikan kepada Tuhan sudah lemah.
🔹Justeru it tarikan dunialah yang merangsang mereka. Oleh yang demikian melaksanakan kehendak, nafsu dan syaitan itulah yang ringan bagi mereka memperjuangkannya.
✒️ Akhir Qalam; jangan berputus asa, untuk mendapatkan solat yang khusyuk, teruslah berdoa dan memohon ampunan kepada Allah SWT, dan sentiasa menunjukkan akhlak mulia kepada semua insan.
والله تعالى اعلم بالصواب …
Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah SWT Disamping Orang-Orang Yang Kita Sayang